Taste the Oden
Selamat Datang ke Awesome Oden
Taste The Oden
.jpeg)


.jpeg)

Latar Belakang
Awesome Oden ditubuhkan pada tahun 2019 di Universiti Utara Malaysia. Awesome Oden ialah projek keusahawanan di bawah subjek Asas Keusahawanan. Awesome Oden diuruskan oleh 9 orang pelajar yang berpengalaman dalam bidang keusahawanan dan pekerjaan.

Hardsell
Adakah anda lapar dan mahukan makanan yang mengenyangkan perut anda?
Awesome oden dapat menyelesaikan masalah anda. Oden merupakan sebuah makanan yang berasal dari negara matahari terbit iaitu dari negeri Jepun. Antara bahan-bahan oden terdiri daripada bebola udang, ketam, ayam, tofu, perencah asam pedas ,perencah tomyam dan kiub perencah tomyam. Bahan bahan ini akan dimasak bersama kuah yang berperisa tomyam. Oden merupakan makan yang sesuai untuk individu yang berdiet kerana oden mengandungi kalori yang rendah dan bersesuaian untuk mencapai badan ideal anda.Oden juga makanan yang ringkas, mengenyangkan serta harganya berpatutan.
Untuk membuat sebarang tempahan hubungi kami di:
Whatsapp: http://www.wasap.my/+60173187095/AwesomeOden
Facebook: https://www.facebook.com/awesomeoden/
Instagram: https://www.instagram.com/awesomeodensince2019/
Website: https://awesomeoden19.wixsite.com/groupt4-awesomeoden

Softsell
Nak sihat tapi tiada masa untuk bersenam? Tiada masa untuk masak makanan sihat? Tau tak, makanan laut seperti ikan, ketam, udang dan sotong mempunyai khasiat yang diperlukan untuk tubuh kekal sihat!
Memang benar, sebagai pelajar, kita tidak mempunyai masa yang cukup untuk memasak makanan yang sihat. Pengambilan makanan yang berlemak dan berminyak memudahkan tubuh diserang penyakit seperti serangan jantung dan obesti. Berdasarkan kajian yang dijalankan oleh Universiti Malaysia Sabah, salah satu punca obesiti dan penyakit kronik ialah melalui faktor pemakanan. Banyak kajian telah dilakukan dan sememangnya makanan laut mempunyai sumber protein terbaik yang membantu melancarkan sistem penghadaman.
Makanan laut membantu melancarkan sistem pencernaan kerana kandungan proteinnya yang mudah dihadam. Kegagalan menjaga kesihatan sistem penghadaman boleh menjurus kepada penyakit kronik. Ikan pula kaya dengan Omega 3 dan Omega 6 yang membantu perkembangan optimum otak.
Antara kebaikan lain makanan laut ialah
-membantu pertumbuhan dan pembaikan sel badan
-mencegah masalah jantung
-mencegah depresi dan penyakit mental
Connect With Us
Universiti Utara Malaysia, Sintok, Kedah, Malaysia
+60173187095